Masih Keliru Bab Haid,
Nifas & Istihadah?
Bukan sebab malas belajar. Tapi sebab topik ini memang jarang diajar dengan lengkap.
Saya Nak Faham Hukum Ini
Bukan sebab malas belajar. Tapi sebab topik ini memang jarang diajar dengan lengkap.
Saya Nak Faham Hukum IniRamai wanita yang saya kenal โ yang solat tak tinggal, yang puasa penuh, yang jaga ibadah โ masih rasa keliru bab haid.
Kalau anda angguk baca ini, anda tidak bersendirian. Dan Untukmu Wanita ditulis untuk anda.
Saya Nak Faham Hukum IniTersedia dalam format Buku Fizikal + Ebook, dan Pakej Lengkap dengan Kelas Online
Ramai wanita belajar bab ini secara cebisan. Sedikit dari kawan. Sedikit dari media sosial. Sedikit dari pengalaman sendiri. Akhirnya, bila situasi sebenar berlaku, hati masih ragu-ragu.
Darah berhenti, tapi tak pasti tanda suci yang betul. Solat terus atau tunggu dulu?
Keluar darah di luar waktu biasa. Tak tahu nak kira sebagai haid, istihadah, atau bukan-bukan.
Masuk Ramadan, mula keliru hari mana perlu qada. Tiada rujukan yang jelas untuk disemak.
Nak tanya, malu. Nak cari sendiri, dapat jawapan yang berbeza-beza. Akhirnya terus agak-agak.
Bab nifas menjadi lebih kompleks bila darah keluar tak menentu. Tak tahu nak buat keputusan.
Kalau anda mula haid pada usia 12 atau 13 tahun, dan sekarang anda sudah 25, 30, atau 35...
Itu bermakna lebih dari 10, 15, atau 20 tahun membuat keputusan ibadah โ solat, puasa, mandi wajib โ dalam keadaan tidak pasti.
Bukan salah anda. Ilmu ini memang jarang diajar dengan lengkap. Di sekolah agama, topik ini disentuh sekilas. Di rumah, ibu pun mungkin tidak tahu macam mana nak terangkan. Di internet, setiap orang ada jawapan berbeza.
Sekarang ada pilihan untuk belajar dengan betul. Dengan rujukan yang tersusun. Dengan bimbingan yang jelas. Supaya mulai hari ini, ibadah anda bukan lagi soal agak-agak.

Disusun oleh Amar Mirza, Pengasas BeDaie โ bukan penulis upahan. Ini jaminan kualiti dan ketepatan ilmu yang disampaikan.
Buku ini lahir dari satu keperluan yang nyata. Ramai wanita yang beribadah dengan bersungguh-sungguh, tapi masih rasa tidak pasti setiap kali berdepan dengan soal haid, nifas atau istihadah.
Untukmu Wanita ditulis bukan untuk menghukum, tapi untuk membantu. Bahasa yang digunakan mudah. Tersusun bab demi bab. Boleh dibaca dari awal, atau dibuka terus pada bab yang berkaitan.
Carta kiraan tempoh haid, rajah garis masa haid-istihadah, dan ilustrasi warna darah. Faham sekali tengok.
Disusun berpandukan kitab-kitab muktabar Mazhab Syafie. Ilmu yang sahih untuk ibadah yang lebih diyakini.
Bukan kandungan internet yang tak tentu asal. Penerbitan rasmi dengan nombor ISBN yang diiktiraf.
Dah diulang cetak 6 kali. Lebih 124,800 naskhah terjual. Terbukti dipercayai ramai wanita Malaysia.
Buku fizikal dengan ebook, atau lengkap dengan kelas online. Pilih mengikut keperluan anda.
Buku disusun secara berturutan. Faham asas dulu, kemudian masuk ke bab yang lebih mendalam.
Tidak perlu was-was lagi. Setiap keputusan ibadah anda dibuat berdasarkan ilmu yang betul.
Anda bukan tidak tahu nak beribadah. Cuma bab ini memang tidak pernah ada sesiapa yang duduk dan terangkan dengan betul-betul. Buku ini boleh jadi teman belajar anda.
Ibu yang terbaik bukan yang tahu semua jawapan, tapi yang berusaha dapatkan jawapan yang betul untuk anaknya. Buku ini boleh bantu anda mulakan perbualan itu.
Suami yang prihatin adalah suami yang bantu isteri tenang dalam ibadahnya. Hadiahkan ilmu yang akan digunakan isteri anda berulang kali sepanjang hidupnya.
"Sebagai wanita, saya dulu memang 'zero' bab haid. Kitaran tak menentu โ sekejap awal, sekejap lambat, warna pun berubah-ubah. Pening kepala bila mak cakap lain, Google cakap lain. Nak tanya pun segan. Bila jumpa buku ni, lega sangat! Jadual & carta alir haid dia senang faham. Sekarang saya yakin bila nak mula solat semula dan beza antara haid dengan masa suci. Wajib ada untuk semua wanita."
"Jujur cakap, bila haid tak menentu memang letih dan runsing. Tak sempat nak baca panjang-panjang. Bila darah berubah-ubah, saya perlukan rujukan pantas yang boleh dipercayai. Buku Untukmu Wanita ni jawapannya. Saya terus buka bahagian jadual kiraan haid, 2 minit tengok dah faham โ bila dikira haid, bila suci, bila istihadah. Sangat praktikal!"
"Sejak beberapa bulan ni, kitaran haid saya jadi panjang โ sampai lebih 15 hari. Terus jadi was-was, ni masih haid ke istihadah? Selama ni ingat semua darah tu haid je. Nasib baik ada buku ni. Penerangan dia jelas beza antara haid, suci dan istihadah. Baru saya faham hukum sebenar & tak telepas solat/puasa. Rupanya banyak benda saya faham salah sebelum ni."
| Cara Lama / Tanya Sana Sini | Untukmu Wanita | |
|---|---|---|
| Sumber ilmu | Jawapan berbeza-beza, tak konsisten | Satu rujukan yang tersusun, bab by bab |
| Kefahaman | Ikut apa yang didengar, tak tahu kenapa | Faham asal usul hukum, bukan sekadar ikut |
| Kes kompleks | Terpinga-pinga bila situasi luar biasa berlaku | Bab 6-8 kupas kes istihadah yang jarang dibincang |
| Masa belajar | Kena keluar ke kelas, cari masa yang sesuai | Baca bila-bila masa, di mana-mana sahaja |
| Privasi | Kena tanya orang, rasa malu atau segan | Belajar sendiri dengan selesa, tiada rasa malu |
| Kos | Kelas agama boleh cecah ratusan ringgit | Bermula RM49, penghantaran percuma |
| Keputusan | Was-was berterusan | Ibadah lebih tenang & yakin โ |
Buku fizikal dan ebook. Tandakan muka surat penting. Letak kat tepi sejadah. Rujuk bila ada kekeliruan. Sesuai untuk wanita yang suka belajar sendiri.
Dua unit buku dan ebook. Ibu baca dulu, fahamkan diri sendiri, kemudian terangkan kepada anak perlahan-lahan. Jimat RM29 berbanding beli berasingan.
Buku, ebook dan kelas online. Bab istihadah yang kompleks diterangkan dengan contoh situasi sebenar dan sesi soal jawab.
Buku memberi anda ilmu. Tapi ada benda yang buku tidak boleh buat untuk anda.
Bukan esok. Bukan bila ada masa. Tapi hari ini โ kerana setiap bulan yang berlalu tanpa ilmu ini adalah bulan yang anda tanggung keraguan itu sendirian.
Lihat Pakej & HargaTerima buku dalam keadaan yang tidak memuaskan? Hubungi kami dan kami akan selesaikan.
Kita besar dalam budaya yang ajar perempuan malu bercakap tentang haid. Jadi kita senyap. Kita agak-agak. Kita harap orang lain tanya dulu.
Pakej Buku + Ebook + Kelas lebih sesuai. Anda belajar dengan bimbingan, bukan membaca sendiri sahaja. Kelas membantu anda faham contoh situasi sebenar dan bukan sekadar teori.
Sesuai. Ibu boleh jadikan buku ini bahan bantu untuk terangkan bab haid, baligh, suci dan ibadah kepada anak perempuan. Ibu baca dahulu, kemudian terangkan perlahan-lahan.
Boleh. Ini sesuai dijadikan hadiah ilmu yang bermanfaat untuk isteri โ sama ada untuk hadiah perkahwinan, ulang tahun, atau sekadar tanda sayang.
Kelas mengikuti struktur 8 bab dalam buku, termasuk kes-kes istihadah yang lebih kompleks di Bab 6 hingga 8. Ada contoh situasi sebenar dan ruang untuk kefahaman yang lebih tersusun.
Tidak. Untuk kes yang sangat khusus atau rumit, tetap digalakkan bertanya kepada guru agama yang berkelayakan. Kelas ini membantu memberi kefahaman asas dan panduan tersusun.
Semenanjung Malaysia biasanya 2-4 hari bekerja. Sabah dan Sarawak 5-7 hari bekerja. Ebook dihantar terus selepas pengesahan bayaran.
Bukan sebab takut. Tapi sebab anda peduli dengan ibadah anda. Itu sudah cukup sebab untuk mulakan sekarang. Insya-Allah, satu langkah kecil hari ini akan beri ketenangan yang besar untuk tahun-tahun yang akan datang.
Saya Nak Pakej Lengkap + Kelas (RM99)Buku fizikal ยท Ebook digital ยท Kelas online tersedia