Khas untuk orang dewasa yang boleh membaca Al-Quran, tapi sering dihantui rasa bersalah dengan tajwid sendiri.
Logo BeDaie

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Terbitan Eksklusif BeDaie

Solat Dah Berpuluh Tahun, Tapi Mulut Masih Tergagap Bila Buka Al-Quran?

Mulakan dengan Buku Smart Tajwid untuk belajar diam-diam di rumah tanpa rasa segan, atau pilih Pakej Buku + Kelas 8 Minggu jika anda mahu bimbingan ustazah dan rakaman kelas.

Tak perlu malu. Tak perlu tunggu “pandai dulu” baru nak mula.

Lelaki Resah

"Pernah tak terdetik dalam hati... 'Ya Allah, macam mana aku nak menghadap-Mu nanti kalau huruf Al-Quran pun aku masih main teka-teka?'"

Jujur cakap, ramai antara kita lalui situasi yang menyedihkan ini:

💔 Masa majlis Yasin keluarga, kita cuma mampu tunduk dan gerakkan bibir. Berpura-pura ikut, padahal dalam hati Tuhan saja yang tahu rasa segan tu.

💔 Bila anak tanya hukum tajwid, kita terpaksa suruh mereka tanya ustaz kat sekolah. Rasa ralat sangat sebab kita sebagai ibu bapa tak mampu nak ajar kitab suci ni pada darah daging sendiri.

💔 Bila solat sendirian, hati tak pernah khusyuk memikirkan adakah sebutan Fatihah kita tadi sah atau batal.

Bukan kita tak cinta Al-Quran. Niat tu ada. Tapi langkah tu selalu terhenti separuh jalan.

Hakikat Sebenar

Kenapa Susah Sangat Nak Mula Belajar Semula?

Bila umur makin meningkat, rintangan untuk duduk belajar tu makin menebal. Kita sering disekat oleh dua tembok besar ini:

Ego & Rasa Segan

  • Segan nak duduk bersila depan ustaz kenal alif ba ta semula.
  • Takut orang pandang sinis bila lidah keras tersalah sebut huruf.
  • Malu bila budak-budak muda dalam kelas jauh lebih pandai dari kita.

Otak Susah Nak Hadam

  • Bila buka buku tajwid biasa, otak terus 'jammed' tengok tulisan panjang.
  • Terlalu banyak istilah Arab yang buat kita rasa diri ni tak cukup bijak nak faham.
  • Cuba tengok YouTube malam-malam, tapi tutup balik sebab takde panduan yang teratur.

Tahun berganti tahun, usia kita makin menghampiri penghujungnya. Mata makin kabur, lidah makin keras.

Adakah kita nak bawa bacaan yang penuh keraguan ini ke dalam kubur nanti? Membaca Al-Quran dengan tajwid yang betul adalah Fardhu Ain. Beban tanggungjawab ini takkan terlepas dari bahu kita selagi kita bernafas.

Tunggu Sebentar... Ia Bukan Bermaksud Anda Gagal.

Ramai orang dewasa sebenarnya pernah belajar tajwid dulu masa kecil, tapi silibus sekolah selalunya penuh dengan teori dan hafalan yang padat. Otak kita masa tu tak sempat nak faham betul-betul.

Otak orang dewasa bekerja dengan cara yang berbeza. Anda tak perlukan tekanan peperiksaan. Anda perlukan panduan yang berbentuk visual, ringkas, mudah dirujuk, dan mesra tanpa perlu menghafal jargon bahasa Arab.

Jalan Penyelesaian

Sebab Itu BeDaie Sediakan Smart Tajwid.

Satu panduan tajwid yang diolah khusus untuk "memanjakan" otak orang dewasa supaya lebih cepat faham dan tak mudah lupa.

Buku Smart Tajwid

Smart Tajwid bukan sekadar buku tajwid biasa. Ia adalah pintu masuk untuk anda perbaiki bacaan Al-Quran tanpa rasa terlalu berat, tanpa rasa dihakimi, dan tanpa perlu mula dari kosong dengan cara yang memalukan.

Belajar perlahan-lahan. Faham satu demi satu secara bergambar. Ulang semula bila perlu. Yang penting, mula.

Kenapa Kaedah Ini Sangat Berkesan?

  • Bila ada pengekodan warna, otak lebih cepat tangkap hukum.
  • Bila ada gambar makhraj, tiada lagi huruf yang bunyinya tertukar.
  • Bila ada rakaman kelas, anda boleh pasang dan dengar sambil memandu.
  • Bila ada group WhatsApp soal jawab, anda tak rasa ditinggalkan berseorangan.

Ringkasan Silibus: Apa Yang Anda Akan Belajar?

10 Modul utama yang disusun langkah demi langkah khas untuk tahap pemahaman orang dewasa.

Buku Smart Tajwid

Buku Smart Tajwid

Silibus Lengkap 10 Modul

Pengenalan Ilmu Tajwid: Asas kenapa tajwid penting dalam bacaan Al-Quran dan kesalahan biasa yang ramai orang buat.
Makharijul Huruf: Kenal tempat keluar huruf supaya sebutan huruf lebih tepat dan tidak tertukar.
Sifat Huruf: Fahami ciri-ciri bunyi huruf seperti tebal, nipis, kuat, lembut dan jelas.
Hukum Nun Mati & Tanwin: Belajar hukum penting seperti izhar, idgham, iqlab dan ikhfa’.
Hukum Mim Mati: Fahami cara baca mim mati melalui izhar syafawi, ikhfa’ syafawi dan idgham mimi.
Hukum Mad: Kenal bacaan panjang pendek, jenis-jenis mad dan kadar harakat (ketukan).
Qalqalah: Cara membaca huruf qalqalah dengan teknik lantunan suara yang betul.
Waqaf & Ibtida’: Panduan berhenti dan menyambung bacaan supaya tidak merosakkan maksud ayat.
Simbol Dalam Mushaf: Kenal tanda-tanda bacaan dalam Rasm Uthmani yang selalu mengelirukan pembaca.
Latihan & Ulang Kaji: Praktis hukum tajwid terus dalam bacaan supaya anda lebih yakin membaca Al-Quran.

Ada 2 Cara Untuk Anda Mula.

Anda boleh pilih ikut tahap bajet dan masa yang sesuai dengan diri sendiri. Sama ada mahu bermula dengan buku sahaja, atau pakej lengkap berserta kelas.

1

Pilihan 1: Buku Smart Tajwid Sahaja

Sesuai jika anda mahu belajar diam-diam sendiri di rumah. Boleh jadikan buku ini sebagai rujukan atas sejadah untuk semak semula bacaan yang mengelirukan setiap kali lepas solat. Sesuai untuk bajet serendah RM29.90.

Apa yang anda dapat:

  • Panduan tajwid berwarna yang mesra mata.
  • Sesuai untuk belajar sendiri tanpa gangguan.
  • Sesuai untuk ulang kaji hukum tajwid asas.
  • Boleh dikongsi bersama pasangan dan anak-anak.
Paling Disarankan
2

Pilihan 2: Buku + Kelas Smart Tajwid

Sesuai jika anda mahu dipimpin dengan betul dari Alif Ba Ta sampai lancar baca. Pilihan ini khas untuk anda yang dah penat belajar separuh jalan dan mahukan komitmen serta struktur yang jelas.

Apa yang anda dapat:

  • Buku Smart Tajwid fizikal (Dipos terus ke rumah).
  • Rakaman kelas daripada Sheikh Mesir (Boleh ulang dengar).
  • Kelas selama 8 minggu (1 kali seminggu, Isnin).
  • Group support WhatsApp (Notifikasi kelas & nota).
  • Group khas Telegram untuk soal jawab bersama ustazah.
Lelaki Berdoa

Bayangkan Ketenangan Ini Beberapa Minggu Dari Sekarang…

Hati tak lagi berdebar bila nak mulakan lafaz Al-Fatihah.

Anda jelas di mana tempat perlu didengungkan, di mana yang perlu dibaca jelas.

Tiada lagi alasan mengelak bila pasangan minta ketuai solat di rumah.

Air mata menitis kerana akhirnya anda yakin amalan solat yang dibawa sepanjang hidup ini semakin sempurna.

Ini bukan sekadar bayangan. Ia bermula dengan satu tindakan kecil hari ini.
Ketenangan itu hak anda.

Smart Tajwid sesuai jika:

  • Anda boleh membaca Al-Quran, tetapi masih sering was-was dengan tajwid.
  • Anda sudah lama tinggal mengaji dan mahu 'refresh' balik memori.
  • Anda rasa malu dan berat hati untuk mendaftar kelas fizikal yang campur dengan orang muda.
  • Anda lebih mudah faham bila belajar menggunakan gambar dan visual berbanding teks.

Buku ini TIDAK sesuai jika:

  • Anda masih 'zero' dan belum kenal huruf asas Alif, Ba, Ta. (Kena mula dengan Iqra).
  • Anda dah tahap lebai/ustaz dan sedang mencari pengajian qiraat 7 yang tahap tinggi.
  • Anda beli buku agama semata-mata untuk dihias di rak almari rumah tanpa mahu membukanya.
Logo BeDaie

Disokong Penuh Oleh Pakar Agama (BeDaie)

Smart Tajwid ialah salah satu bahan pembelajaran BeDaie yang diiktiraf untuk membantu masyarakat awam mendalami ilmu agama dengan pendekatan santai dan tersusun.

Untuk pakej kelas, peserta akan dibantu melalui rakaman kelas yang dibimbing secara eksklusif oleh Sheikh Bertauliah dari Mesir. Bukan itu sahaja, *group* soal jawab Telegram anda akan dikendalikan oleh barisan ustazah pakar yang sentiasa bersedia meleraikan segala kekeliruan tajwid anda.

Sekarang, Pilih Pakej Anda.

Pilih pakej yang paling dekat dengan tahap kemampuan dan keperluan anda hari ini.

🔥 Pilihan Ramai

Pakej 2: Buku + Kelas Online

Pakej paling lengkap. Kami pimpin tangan anda dan jawab segala soalan.

RM150
Saya Nak Join Kelas Sekali
  • Buku Smart Tajwid Fizikal (Dipos ke rumah)
  • Rakaman Kelas bimbingan Sheikh Mesir
  • Akses Kelas 8 Minggu (Setiap Isnin)
  • Group WhatsApp (Info/Nota)
  • Group Telegram (Soal Jawab berterusan bersama Ustazah)

Pakej 1: Buku Sahaja

Untuk anda yang nak letak senyap-senyap tepi sejadah dan buat rujukan sendiri.

RM29.90
Saya Nak Buku Sahaja
  • Buku Smart Tajwid Fizikal (Full Color)
  • Sesuai untuk rujukan sendiri
  • Pakej paling jimat (Bajet rendah)

Caj pendaftaran kelas talaqqi biasa di luar selalunya jauh lebih mahal dan memakan masa untuk commute. Tapi dengan Pakej Buku + Kelas RM150 ini, laluan anda disediakan terus ke skrin telefon bimbit.

Anda ada rujukan fizikal (buku). Anda ada rakaman yang boleh diulang dengar. Dan paling bernilai, anda ada ustazah di dalam Telegram yang sudi menjawab kekeliruan anda pada bila-bila masa.

Pilih ikut keselesaan anda. Yang penting, jangan tangguh lagi.

Caj Penghantaran: Semenanjung RM 10 | Sabah & Sarawak RM 15

Kami Mahu Anda Beribadah Dengan Tenang

Sistem perniagaan kami telus (patuh syariah). Jika buku yang sampai basah atau terkoyak akibat proses kurier, ambil gambar dan WhatsApp kepada pihak kami. Kami akan bantu semak dan terus poskan gantian naskhah baharu untuk anda.

Pengambilan Kelas Terhad

Kemasukan kelas (Pakej RM150) amat bergantung kepada batch semasa supaya ustazah boleh fokus menjawab soalan di Telegram dengan teratur. Manakala stok buku fizikal (Pakej RM29.90) bergantung kepada baki cetakan kilang bulan ini. Jangan biarkan niat baik itu pudar esok hari.

Soalan Lazim (FAQ)

Buku sahaja sesuai untuk siapa?
Sesuai untuk anda yang mahu belajar sendiri tanpa komitmen masa, ulang kaji tajwid asas dan ada rujukan visual yang mudah dibaca di rumah.
Pakej kelas sesuai untuk siapa?
Sesuai untuk anda yang serius mahu dibimbing, mahukan jadual pembelajaran yang berstruktur (rutin), serta berpeluang melontarkan soalan tajwid yang keliru di dalam group support Telegram.
Kalau saya malu sebab dah dewasa / berumur, boleh join?
Boleh. Silibus kelas dan buku ini memang disusun khusus untuk membuang rasa 'tekanan' terhadap orang dewasa. Anda belajar dari rumah secara online, jadi tiada sesiapa pun akan menghakimi tahap kelemahan anda.
Kelas berjalan berapa lama dan hari apa?
Kelas berlangsung secara santai selama 8 minggu, 1 kali seminggu setiap hari Isnin. Peringatan akan diberikan dalam group WhatsApp.
Boleh saya pilih untuk bayar COD (Tunai ketika barang sampai)?
Sudah tentu boleh! Sama ada anda nak gunakan perbankan FPX (Online Banking), Kad Kredit, ataupun COD (bayar terus kepada posmen NinjaVan/J&T bila buku sampai), semuanya diterima oleh sistem kami.

Jangan Tunggu Diri Rasa 'Sempurna' Untuk Mula Belajar.

Langkah pertama mencari redha Allah bermula bila anda mengaku ada kelemahan dan cuba memperbaikinya.

Kalau anda mahu belajar sendiri, klik ambil Buku Smart Tajwid. Kalau anda mahu dibimbing secara komprehensif, klik pilih Pakej Buku + Kelas. Dua-dua pilihan ini membawa anda ke destinasi yang sama:
Solat yang lebih khusyuk, bacaan Al-Quran yang yakin, dan dada yang lapang.

Pilih Pakej Smart Tajwid Saya Sekarang

Klik butang putih di atas dan beritahu kami di borang tempahan sama ada anda mahu Pakej 1 atau Pakej 2.


P.S. — Ramai antara kita sanggup berbelanja ratusan ringgit untuk hiburan, tapi masih berkira-kira bila tiba ilmu akhirat. Kali ini, tolak tepi ego dan alasan. Pilih pakej yang anda mampu dan kita mula perbaiki Al-Fatihah kita perlahan-lahan.

P.P.S. — Kalau anda masih teragak-agak atau sibuk, mulakan dengan melabur RM29.90 untuk dapatkan buku fizikal dahulu. Sekurang-kurangnya anda dah pasang niat dengan tindakan. Tapi kalau anda betul-betul tak nak bertangguh lagi, Pakej Buku + Kelas RM150 ialah pelaburan terbaik yang boleh anda buat tahun ini.

Logo BeDaie

Terbitan Eksklusif: Dakwah Digital Network | BeDaie

Lot 2853, Tingkat 2, Kampung Peringat, Jalan Pasir Puteh, 16090 Kota Bharu, Kelantan.

© 2026 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengulang cetak tanpa kebenaran bertulis.

Scroll to Top